PENGENALAN

Maklumat-maklumat asas ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kursus pengajian Diploma Usuluddin.

Objektif Program Pengajian (PEO) Usuluddin

Objektif utama penawaran program ini adalah:

  1. Graduan yang dapat meneliti dengan mendalam tentangakidah Islam.
  2. Graduan dapat dapat  membezakan falsafah Islam dan falsafah-falsafah lain bagi pembinaan masyarakatIslam.
  3. Graduan dapat menerangkan ideologi secara perbandingan bagi membuktikan Islam adalah cara hidup yang sempurna.
  4. Graduan yang dapat mengaplikasi ilmu dan  menjadi dai`e dan kader-kader yang lengkap dengan pelbagai ilmu yang bakal membangunkan umat Islam dari segi ketabahan, kekuatan iman dan kerohanian.
  5. Graduan yang dapat memberi tindak balas terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah Islam .

Hasil Pembelajaran Program Pengajian (PLO) Usuluddin

Setelah menamatkan program  ini para pelajar dijangkakan:

  1. Berkebolehan untuk  membezakan aqidah yang benar dan sesat serta mengenalpasti aliran-aliran yang bertentangan dengan Islam.(C2)
  2. Berkebolehan melaksanakan konsep insan rabbani yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.(A2)
  3. Berkebolehan untuk menghubungkait ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan aqidah berdasarkan tafsiran yang tepat.(CS)
  4. Berkebolehan untuk menyelesaikan perselisihanpendapat. ( CTPS)
  5. Berkebolehan untuk menghormati pandangan orang lain. (TS)
  6. Berkebolehan menerangkan kepada masyarakat dalam menghadapi suatu permasalahan aqidah.(LL)
  7. Berkebolehan untuk  menyampaikan pandangan , menjelaskan dan berkeyakinan melaksanakan tanggung jawab.( KK)
  8. Berkebolehan untuk mempamerkan sikap beretikadalam kerjaya. (EM)
  9. Berkebolehan untuk membudayakan    kepimpinan Islam dalam berurusan dengan massa.(LS)

BAHASA PENGHANTAR

  • Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

TARAF PERLAKSANAAN

  • Kursus  dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIP.

TEMPOH PENGAJIAN

  • 2 Tahun Setengah

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 91 jam

KELAYAKAN KEMASUKAN DIPLOMA USULUDDIN

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN serta LULUS BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

 

MOHON SEGERA