PENGENALAN

Jabatan Al-Quran dan Hadis adalah jabatan yang menitik beratkan kajian mengenai Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. di samping pelajaran lain. Al-Quran mempunyai pelbagai ilmunya yang perlu di dalami, begitu juga Hadis. Untuk mengkaji Al-Quran dan Hadis diperlukan pula ilmu-ilmu lain dan hanya melalui ilmu itu dapat mendalami Al-Quran dan Hadis.

Jabatan ini menyediakan pelbagai ilmu untuk membantu bagi mengkaji Al-Quran dan Hadis di samping prasarana bagi memudahkan perjalanan kajian dan pendidikan. Jabatan ini juga menjadi sumber rujukan bagi kajian-kajian seperti Syariah, Tauhid atau Usuluddin juga ilmu-ilmu sains dan lain-lainnya.

Objektif Program Pengajian (PEO) Al-Quran & Hadis

Objektif utama penawaran program ini adalahsupaya :

  1. Graduan yang memegang Al-Quran & Hadis sebagaisumber rujukan utama dalam penetapan hukumsyara’.
  2. Graduan yang boleh menerangkan konsep ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran & Hadis.
  3. Graduan yang dapat menghubungkaitkan ilmu Al-quran & Hadis yang dipelajari dengan praktissemasa.
  4. Graduan yang mampu menghafaz/ mengingatsejumlah tertentu daripada ayat-ayat Al-Quran & Hadis.
  5. Graduan yang dapat memberi tindak balas terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan Al-Quran & Hadis

Hasil Pembelajaran Program Pengajian (PLO) Al-Quran & Hadis

Setelah menamatkan program  ini para pelajar dijangkakan :

  1. Berupaya menghafaz atau mengingat sejumlah ayat-ayat tertentu daripada Al-Quran dan Hadis. ( C1)
  2. Berkebolehan untuk membentangkan kepada masyarakat untuk beramal dengan Al-Quran dan Hadis.(A2)
  3. Berupaya menerangkan dan bekerjasama dalamkumpulan secara efektif (CS)
  4. Berkebolehan untuk menyelesaikan perselisihanpendapat. (CTPS)
  5. Berkebolehan untuk menghormati pandangan orang lain. (TS)
  6. Berupaya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asasyang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dengancara-cara dan kaedah yang betul. ( LL)
  7. Berupaya untuk menunjukkan cara kepadamasyarakat  dalam menghadapi sesuatupermasalahan.( KK)
  8. Berkebolehan untuk mempamerkan sikapberetika dalam kerjaya. (EM)
  9. Berkebolehan untuk membudayakan  kepimpinan Islam dalam berurusan dengan massa.(LS)

BAHASA PENGANTAR

  •  Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

TARAF PERLAKSANAAN

  •  Kursus  dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIP.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN serta LULUS BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

TEMPOH PENGAJIAN

  •  2 Tahun Setengah

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 91 jam

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

 

MOHON SEGERA