Untuk makluman pelajar, atas faktor COVID, kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh itum arahan daripada kementerian bahawa semua institut pengajian tinggi perlu menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian.

Namun pihak IPTIP juga akan menyediakan kemudahan internet di kampus termasuk kemudahan asrama sekiranya terdapat masalah internet di kawasan rumah masing-masing. Namun jumlah adalah terhad atas pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Justeru pihak IPTIP ingin membuat survey bagi memastikan jumlah yang ingin meneruskan pengajian secara atas talian di rumah ataupun atas talian di kampus. Berikut adalah pilihan yang diberikan kepada pelajar dan kesan-kesannya.

  1. Belajar di Rumah Secara Atas Talian
    • Sesi pembelajaran akan dijalankan melalui medium FB Group (akan diterangkan kemudian)
    • Pelajar perlu mendapatkan penyambungan internet yang memuaskan untuk sesi tersebut
    • Peraturan kehadiran akan dikira seperti biasa. Kurang 80% kehadiran akan dihalang mengambil peperiksaan akhir semester
    • Pelajar WAJIB hadir ke kelas secara atas talian tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah termasuk internet lambat, ada urusan keluarga, dsb
    • Pelajar HANYA perlu membayar yuran pengajian
  2. Belajar di Kampus (IPTIP) Secara Atas Talian
    • Sesi pembelajaran akan dijalankan melalui medium FB Group (akan diterangkan kemudian)
    • Pelajar perlu mendapatkan penyambungan internet yang memuaskan untuk sesi tersebut
    • Peraturan kehadiran akan dikira seperti biasa melalui kelas atas talian. Kurang 80% kehadiran akan dihalang mengambil peperiksaan akhir semester
    • Pelajar WAJIB hadir ke kampus untuk setiap kali sesi pembelajaran
    • Pelajar WAJIB membayar yuran asrama dan yuran pengajian
    • Pelajar WAJIB mematuhi segala peraturan asrama dan SOP yang akan ditetapkan dalam tempoh PKPP

Pelajar diminta untuk mengisi borang survey dibawah