logo iptipdaftar sekarangpensyarahpelajar

Unit Penyelidikan & Inovasi Dakwah (UPID)

 

 

Unit Penyelidikan dan Inovasi Dakwah (UPID) merupakan unit yang berfokus kepada penyelidikan dan inovasi dakwah mengikut perederan zaman.
Dakwah didefinasikan sebagai cara dan kaedah menyeru umat manusia untuk mengenali Allah, mentauhidkan keesaan Allah, mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Dakwah juga merupakan satu usaha untuk mengembangkan lagi kefahaman islam agar lebih ramai golongan manusia dapat mempraktikkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian. 

 

 

UPID bertanggungjawab mengkaji, meneliti, meganalisa dan mendalami konsep dan kaedah dakwah yang melalui proses transformasi secara berperingkat mengikut penerimaan masyarakat. Medium dakwah yang tidak hanya terhad kepada kaedah ceramah mahupun kelas pengajian, menjadi fokus utama UPID untuk memberi idea penambahbaikan yang bersesuaian dengan manhaj Islam.

 

Antara fungsi Unit Penyelidikan dan Inovasi Dakwah (UPID) ialah: 
 - Meneliti kaedah dakwah yang selari mengikut penerimaan masyarakat dan peredaran zaman.
 - Mengkaji inovasi dakwah yang dapat diterima mengikut perkembangan teknologi.
 - Meberi cadangan dan penambahbaikan kaedah dakwah yang berseuaian dengan peredaran zaman.