logo iptipdaftar sekarangpensyarahpelajar

Sijil Pengajian Islam

 

 

IPTIP memberi peluang kepada individu yang berminat untuk meningkat pengetahuan tentang pengajian Islam dari aspek akidah, ilmu-ilmu tentang Al-Quran dan Hadis.

 

SINOPSIS PROGRAM SIJIL

  • Program Sijil Bahasa Arab dan Sijil Pengajian Islam akan dijalankan bermula September 2022. Penyertaan program ini akan dibuka  kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam tanpa mempunyai Bahasa Arab atau Pengajian Islam di peringkat SPM.
  • Tempoh pengajian pelajar adalah selama 1 tahun 6 bulan. Pelajar akan dianugerahkan sijil penghargaan dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Diploma Syariah, Diploma Usuluddin dan Diploma Al-Quran Hadis di IPTIP.
  • Selain itu, target penyertaan program sijil ini juga akan diperluas kepada golongan masyarakat awam yang berminat untuk mendalami bahasa Arab secara sepenuh masa termasuk golongan berkerjaya, warga pencen dan surirumah.

KELAYAKAN

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
    • Semua peringkat umur.

 

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?

  • Menambah kefahaman asas Islam yang merangkumi akidah, akhlak dan fiqh
  • Memperolehi informasi ilmu-ilmu Islam melalui pembelajaran kitab-kitab yang mu’tabar

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

    • Dengan menyertai sijil ini, para pelajar akan mampu untuk memahami ilmu-ilmu Al-Quran dan Hadis
    • Para pelajar juga berkemampuan untuk memahami tentang hukum-hokum dan menghubungkait dengan kehidupan seharian

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Program ini diadakan selama 1 tahun 6 bulan semester dan wajib diikuti oleh semua pelajar.
  • Pelajar yang tidak hadir ke kelas selama tiga kali berturut turut atau tidak hadir ke kelas melebihi dari 5 kali tanpa surat dan sebab yang munasabah; tidak layak menerima sijil penyertaan.
  • Sijil tamat pengajian akan diberikan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan dan mendapat markah minimun 65%.
  • Sijil penyertaan dan kehadiran program : Ini diberikan kepada pelajar yang tidak mahu mengambil peperiksaan dengan syarat pelajar mesti menghadiri kelas sekurang-kurangnya 75%.

SIRI PENGAMBILAN

  • Jun & Disember

 

YURAN

  • Pengajian + Asrama = RM 1,560.00
  • Pengajian          = RM 1,020.00

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • 1 Tahun 6 bulan