logo iptipdaftar sekarangpensyarahpelajar

Sijil Bahasa Arab

 

 

IPTIP memberi peluang kepada individu yang berminat untuk mengikuti kelas Bahasa Arab yang bermodul dari sumber Al-Quran dan Hadis . Sepanjang sesi ini, para pelajar akan mempelajari kaedah menganalisa kosa kata Bahasa Arab yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Di samping itu, pelajar akan diberi mempelajari 4 kemahiran dalam Bahasa Arab seperti : membaca, mendengar , menulis dan bercakap

 

SINOPSIS PROGRAM SIJIL

  • Program Sijil Bahasa Arab dan Sijil Pengajian Islam akan dijalankan bermula September 2022. Penyertaan program ini akan dibuka  kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam tanpa mempunyai Bahasa Arab atau Pengajian Islam di peringkat SPM.
  • Tempoh pengajian pelajar adalah selama 1 tahun 6 bulan. Pelajar akan dianugerahkan sijil penghargaan dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Diploma Syariah, Diploma Usuluddin dan Diploma Al-Quran Hadis di IPTIP.
  • Selain itu, target penyertaan program sijil ini juga akan diperluas kepada golongan masyarakat awam yang berminat untuk mendalami bahasa Arab secara sepenuh masa termasuk golongan berkerjaya, warga pencen dan suri rumah.

KELAYAKAN

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
    • Semua peringkat umur.

 

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?

  • Analisa perkataan-perkataan dari ayat Al-Quran dan Hadis yang dipilih
  • Belajar kaedah-kaedah memahami ayat Bahasa Arab di dalam Al-Quran dan Hadis
  • Belajar asas hukum-hukum tajwid

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

    • Dengan menyertai sijil ini, para pelajar akan mampu untuk memahami terus makna semasa membaca dan mendengar bacaan Al-Quran dan Hadis
    • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
    • Para pelajar juga berkemampuan untuk membaca dan menulis teks Bahasa Arab secara ringkas.

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Program ini diadakan selama 1 tahun 6 bula semester dan wajib diikuti oleh semua pelajar.
  • Pelajar yang tidak hadir ke kelas selama tiga kali berturut turut atau tidak hadir ke kelas melebihi dari 5 kali tanpa surat dan sebab yang munasabah; tidak layak menerima sijil penyertaan.
  • Sijil tamat pengajian akan diberikan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan dan mendapat markah minimun 65%.
  • Sijil penyertaan dan kehadiran program : Ini diberikan kepada pelajar yang tidak mahu mengambil peperiksaan dengan syarat pelajar mesti menghadiri kelas sekurang-kurangnya 75%.

SIRI PENGAMBILAN

  • Jun & Disember

 

YURAN

  • Pengajian + Asrama = RM 1,560.00
  • Pengajian          = RM 1,020.00

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • 1 Tahun 6 bulan