DIPLOMA USULUDDIN

PENGENALAN

Maklumat-maklumat asas ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kursus pengajian Diploma Usuluddin.

OBJEKTIF KURSUS

  • Graduan dapat memahami dan mendalami tentang aqidah dan tauhid.
  • Graduan dapat memahami falsafah Islam dan falsafah-falsafah lain bagi pembinaan masyarakat Islam.
  • Graduan dapat memahami ideologi secara perbandingan bagi membuktikan Addin adalah cara hidup yang sempurna.
  • Melahirkan daie (pendakwah) yang lengkap dengan pelbagai ilmu.
  • Melahirkan kader-kader bakal membangunkan umat Islam dari segi ketabahan, kekuatan iman dan kerohanian.

BAHASA PENGHANTAR

  • Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

TARAF PERLAKSANAAN

  • KursusĀ  dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIP.

TEMPOH PENGAJIAN

  • 2 Tahun Setengah

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 91 jam

KELAYAKAN KEMASUKAN DIPLOMA USULUDDIN

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN serta LULUS BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

 

MOHON SEGERA