DIPLOMA SYARIAH

PENGENALAN

Maklumat- maklumat asas ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kursus pengajian.

OBJEKTIF KURSUS

  • Para pelajar dapat memahami dengan mendalam tentang hukum, perundagan, dan kanun tentang syariat Islam.
  • Para pelajar dapat memahami kaedah-kaedah mengistimbat hukum-hukum dari Al-Quran dan Hadis.
  • Para pelajar dapat memahami perbandingan hukum dan cara mentarjihkannya.
  • Para pelajar dapat mengeluarkan fatwa dan keterangannya dengan betul di samping dalil.
  • Melahirkan hakim, Qadhi, dan Mufti.
  • Melahirkan pakar perundangan Islam yang dapat membangunkan ummah dari segi undang-undang dan kesejahteraan hidup.


BAHASA PENGHANTAR

  • Bahasa Arab.


TARAF PERLAKSANAAN

  • Kursus¬† dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIPs.


TEMPOH PENGAJIAN

  • 2 Tahun setengah


KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 94 jam


KELAYAKAN KEMASUKAN DIPLOMA SYARIAH

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN serta LULUS BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia


INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.¬†