DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

PENGENALAN

Maklumat-maklumat asas ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kursus pengajian Diploma Kewangan Islam.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Graduan dapat memahami dan mendalami tentang Sistem Kewangan Islam.
  • Graduan dapat memahami kewangan Islam dan sistem kewangan lain bagi pembinaan masyarakat Islam.
  • Graduan dapat memahami ideologi secara perbandingan bagi membuktikan Addin adalah cara hidup yang sempurna.
  • Melahirkan ahli kewangan Islam
  • Melahirkan dai`e yang lengkap dengan pelbagai ilmu.
  • Melahirkan kader-kader bakal membangunkan umat Islam dari segi ketabahan, kekuatan iman dan kerohanian.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Setelah menamatkan program ini para pelajar dijangka akan:

  1. Berupaya untuk menerangkan konsep dan prinsip asas berkaitan dengan kewangan dan perbankan Islam
  2. Mempraktiskan teknik-teknik kewangan dan perbankan Islam dalam kerjaya
  3. Menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari dengan praktis semasa
  4. Mampu melahirkan idea yang baik dan diterimapakai
  5. Berupaya berbincang dan bekerja dalam kumpulan secara efektif
  6. Mengamalkan keterbukaan berfikir dalam pembangunan kerjaya
  7. Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang diperlukan secara berterusan
  8. Meneroka peluang baru untuk berdikari
  9. Menunjukkan keupayaan kepimpinan dalam berurusan dengan mass

 

BAHASA PENGHANTAR

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu

 

TARAF PERLAKSANAAN

  • Kursus¬† dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIP

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • ¬†2 Tahun Setengah

 

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 90 jam

 

KELAYAKAN KEMASUKAN DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga(3) KEPUJIAN dalam mana-mana mata pelajaran termasuk LULUS MATEMATIK; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);ATAU yang setaraf DAN LULUS MATEMATIK peringkat SPM; ATAU
  • Lulus sijil dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

 

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.