DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

PENGENALAN

Jabatan Al-Quran dan Hadis adalah jabatan yang menitik beratkan kajian mengenai Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. di samping pelajaran lain. Al-Quran mempunyai pelbagai ilmunya yang perlu di dalami, begitu juga Hadis. Untuk mengkaji Al-Quran dan Hadis diperlukan pula ilmu-ilmu lain dan hanya melalui ilmu itu dapat mendalami Al-Quran dan Hadis.

Jabatan ini menyediakan pelbagai ilmu untuk membantu bagi mengkaji Al-Quran dan Hadis di samping prasarana bagi memudahkan perjalanan kajian dan pendidikan. Jabatan ini juga menjadi sumber rujukan bagi kajian-kajian seperti Syariah, Tauhid atau Usuluddin juga ilmu-ilmu sains dan lain-lainnya.

OBJEKTIF KURSUS

  • Para pelajar dapat meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama di dalam hukum syarak.
  • Para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dan Hadis.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya mengistimbatkan dan mengeluarkan hukum-hukum syarak bersumberkan Al-Quran dan Hadis.
  • Melatih para pelajar agar mampu menghafaz sejumlah tertentu Al-Quran dan Hadis.
  • Melahirkan generasi yang beramal mengikut tuntutan Al-Quran dan Hadis.

BAHASA PENGANTAR

  •  Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

TARAF PERLAKSANAAN

  •  Kursus  dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIP.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN serta LULUS BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ; ATAU
  • LULUS Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

TEMPOH PENGAJIAN

  •  2 Tahun Setengah

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 91 jam

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

 

MOHON SEGERA