Perbaiki diri untuk masa hadapan

Beseri: Gambaran mengenai perancangan masa hadapan masih samar-samar selepas keluar daripada institusi pengajian jika tidak dirancang secara teliti untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Namun untuk persiapkan diri mengharungi selama tiga tahun pengajian bukan hanya sekadar cemerlang dalam akademik tetapi persiapan diri pembetukan peribadi yang baik.

Pelajar Diploma Alquran dan Hadis, Aishah Nakhirah Ali, 19 berkata perkongsian yang dapat daripada Ustazah Khairul Badriah Jaafar banyak menitik beratkan pengisian rohani yang akan menguatkan keimanan.

“Kita hidup di dunia ini bukan hanya perlu menjaga hubungan dengan Allah tetapi perlu menjaga hubungan dengan manusia juga penting.

‘Perkongsian ini sangat-sangat seronok dan santai sepanjang program ini berlangsungt,” katanya lagi.

Rakannya pula, pelajar Diploma Kewangan Islam, Azma Imani Azwan, 19 pula berkata perkongsian daripada Ustazah Khairul Badriah amat mementingkan kesungguhan berdoa yang akan dimakbulkan oleh Allah pada masa yang tepat.

“Kita hanya berusaha dan berdoa kepada Allah tetapi Allah yang akan tentukan segalanya.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk semester hadapan kerana intipati perkongsian amat berguna kepada semua orang’, katanya

Program ini dihadiri oleh 30 siswi Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP), semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *