Anugerah Akademik IPTIP

Beseri: Seramai 31 pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester lalu menerima anugerah di Majlis Penganugerahan Anugerah Akademik & Apresiasi Kecemerlangan Siswa dan Siswi 2018.

Pelajar cemerlang ini dipilih sebagai penerima bagi setiap kategori iaitu Anugerah Cemerlang, Anugerah Ketua Eksekutif dan Anugerah Bestari dengan setiap pelajar membawa pulang sijil penghargaan.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pegawai Perpustakaan, Mohamad Adi Ismail.

Yang turut hadir, Pegawai Pembangunan, Sahir Othman dan semua barisan pensyarah serta kakitangan IPTIP.

Mohamad Adi berkata, anugerah ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar IPTIP yang berjaya dalam akademik.

“Anugerah yang dianjurkan setiap tahun ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar IPTIP yang telah bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran sehingga berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

“Diharapkan anugerah ini dapat mendorong dan menyuntik semangat pelajar supaya terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan seimbang dalam akademik dan kokurikulum,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di dewan serbaguna IPTIP di sini, pagi tadi.

Sementara itu, penerima Anugerah Bestari, Aishah Khairudin, 20, berkata untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang adalah dengan usaha bersungguh-sungguh dan rajin.

“Saya bersyukur kepada Allah dan doa daripada ibu bapa saya selama ini membuahkan hasil.

“Saya berharap pertingkatkan lagi usaha dan mencapai 4.00 GPA pada semeter hadapan dan kepada rakan-rakan yang lain jangan terus kecewa sebaliknya usaha lagi sehingga berjaya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis yang telah banyak membantu dalam mendapatkan kejayaan ini,” katanya.

Pelajar Diploma Usuluddin, Aishah Khairuddin, 20 berjaya mendapat Anugerah Ketua Eksekutif & Anugerah Bestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *