Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) Siswi IPTIP

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) Siswi IPTIP telah diadakan untuk kali kedua bagi sesi 2018/2019 pada 22 – 23 September yang lalu, bertempat di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Mata Ayer, Perlis.

.

Program kali ini yang bertemakan “English Theme” membawa peserta melalui pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan persembahan pelajar mengikut asrama, qiamullail, pengisian rohani, games dan BBQ. Program turut meraikan pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pelajaran di IPTIP.

.

Tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, peserta dan tetamu jemputan yang turut sama-sama membantu menjayakan program kali ini.

.

Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada semester-semester akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *